attachment-wheel-loader-yang-anda-perlukan-untuk-kerja-pembinaan

Attachment Untuk Wheel Loader

Kerja pembinaan yang berbeza perlukan attachment wheel loader yang berbeza.

Jadi, salah satu cara untuk anda dapat manfaat lebih daripada satu jentera berat adalah dengan mempunyai wheel loader yang sesuai dengan pelbagai attachment.

Loader jenis ini adalah lebih fleksibel dan serba boleh untuk penuhi segala keperluan projek pembinaan anda.

Namun, anda kena ingat yang attachment untuk setiap model wheel loader mungkin berbeza antara pengeluar.

Attachment Wheel Loader untuk Pembinaan

Kelebihan utama wheel loader adalah features serba bolehnya.

Anda boleh kurangkan kos operasi dengan memiliki wheel loader berbanding menyewa atau membeli jentera pembinaan yang lain.

Jadi, anda kenalah dapatkan semua attachment wheel loader dibawah daripada pengeluar jentera pembinaan anda.

attachment-wheel-loader-yang-anda-perlukan-untuk-kerja-pembinaan

Loader buckets

  • General-purpose bucket

General purpose bucket terkenal dengan pengisian maksimum dan pengekalan material.

Attachment heavy duty ini bagus untuk pelbagai jenis aplikasi jika project anda kendali lebih daripada satu tugasan dan material.

Selain itu, bucket wheel loader ini juga sesuai untuk tujuan penyimpanan dan pengendalian.

  • Light material bucket

Kalau projek anda kendali material yang loose dan ringan seperti arang, cip kayu, atau lumut gambut, light material bucket sangat sesuai untuk anda.

Bucket wheel loader ini mempunyai kapasiti rendah yang boleh bantu elakkan pembaziran kerana material yang dibawa berada dalam keupayaan maksimumnya.

  • Multipurpose bucket 

Bucket multipurpose atau bucket serbaguna sesuai untuk hampir semua aplikasi.

Aplikasi tersebut termasuklah dozing, material handling, back-filling, back-dragging, light grading, grappling, excavating, dan high dumping.

Selain itu, bucket jenis ini juga mempunyai kapasiti tinggi  di mana ianya sangat sesuai jika project anda melibatkan banyak jenis material.

  • Rock bucket

Rock bucket boleh kendali material seperti batu dan serpihan konkrit.

Bucket jenis ini mampu tahan beban material berat yang menjadikannya lebih versatil.


attachment-wheel-loader-yang-anda-perlukan-untuk-kerja-pembinaan

Blades

  • Hydraulic Angle Blade

Attachment mesin pembinaan jenis ini adalah untuk pelbagai aplikasi wheel loader contohnya seperti dozing, grading, dan general clearing.

Dengan blading angling 30 darjah, operator wheel loader dapat tingkatkan kawalan ketika operasi dozing.

Dalam posisi straight, pautan wheel loaders membolehkan operator untuk gerakkan blade kedepan dan kebelakang.

  • Manual Angle Blade

Manual angle blade adalah untuk aplikasi dozing ringan. Anda boleh adjust aliran material kepada angling 25 darjah dalam mana-mana arah atau kekal dalam posisi straight.

Selain itu, blade jenis ini juga terdapat dalam pelbagai saiz dan konfigurasi berdasarkan model wheel loader anda.

  • U/V Angle Blade

U/V blade ialah sejenis attachment loader pembinaan yang menawarkan pelbagai konfigurasi untuk memudahkan penyesuaian dalam keadaan berbeza.

Pivot tengah membolehkan blade dilaras secara hidraulik untuk membentuk membentuk 240 darjah V blade, 120 degrees U blade, angling 30 darjah kiri atau kanan, atau straight dari kemudahan cab wheel loader.

Get your FREE Consultation

on heavy machinery and construction equipment.


attachment-wheel-loader-yang-anda-perlukan-untuk-kerja-pembinaan

Wheel loader forks

  • Construction Duty Fork

Construction duty fork adalah attachment equipment pembinaan yang sangat berharga.

Ia memberikan tahap penglihatan yang tinggi, sesuai untuk penyelenggaran jalan.

  • Wide Carriage Fork

Attachment wheel loader jenis ini boleh mengekalkan tahap penglihatan yang tinggi semasa mengendalikan material panjang seperti kayu dan paip.


attachment-wheel-loader-yang-anda-perlukan-untuk-kerja-pembinaan

Grapples

  • Mat Grapple

Mat grapple boleh load dan unload rigs mat atas permukaan lembut, memberikan mesin akses ke lokasi yang susah dicapai.

Ia dilengkapi dengan gripping teeth untuk secure rig mats dan juga boleh memanjang untuk adjust rig mats.

  • Log Grapple

Log grapple dicipta untuk load dan unload kayu log dalam pelbagai diameter dan panjang.

Ia mempunyai overarm yang kuat untuk bantu mengekalkan cengkaman yang kukuh pada log apabila dipandu di kawasan yang kasar dan tidak rata.

  • Single Overarm Pipe Grapple

Attachment wheel loader jenis ini boleh kendalikan paip dan tiang berdiameter besar dengan selamat semasa proses pengangkutan.


Supplier Attachment Wheel Loader di Malaysia

Pengunaan kerap wheel loader boleh memakan bahan api dan kos operasi yang banyak.

Sebagai contractor, anda boleh menggunakan tips ini untuk kecekapan bahan api wheel loader dan juga untuk jentera berat yang lain.

Jadi, cari wheel loader yang sesuai dengan pelbagai jenis attachment untuk jimatkan kos operasi.

Untuk penjelasan dengan lebih terperinci, anda boleh menghubungi kami. Anda juga boleh menghubungi kami untuk membeli wheel loader berkualiti tinggi!

Get your FREE Consultation

on heavy machinery and construction equipment.

Click to Call